SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH

KE ARAH 1MALAYSIA SEJAHTERA







Wednesday, September 29, 2010

MANUAL LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Salam sejahtera,

Alhamdullilah dengan izin Allah s.w.t, saya dapat menyediakan Manual Lawatan Sambil Belajar untuk panduan rakan-rakan seperjuangan PSK. Kesedaran ini timbul kerana, subjek PSK memerlukan rakan-rakan guru melaksanakan projek khidmat masyarakat. Salah satu bentuk khidmat masyarakat memerlukan penganjuran lawatan sambil belajar ke destinasi yang berkaitan projek tersebut.

Oleh itu, beberapa prosedur perlu dipatuhi semasa proses penganjuran lawatan sambil belajar tersebut. Proses penghasilan kertas kerja, prosedur kebenaran PPD/JPN dan laporan guru dan murid antara yang dimuatkan dalam Manual Lawatan Sambil Belajar tersebut. Sila berhubung dengan saya jika ingin mendapatkan panduan berkaitan perkara tersebut melalui email mnor43@yahoo.com atau berhubung terus ke nombor 019-7323190.

Salam 1 Malaysia.

Wednesday, June 2, 2010

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

Projek khidmat masyarakat merupakan satu komponen wajib yang perlu dilaksanakan di sekolah menengah. Tujuan utama projek ini perlu dilaksanakan adalah untuk memastikan semua pelajar mempunyai rasa prihatin terhadap masyarakat, mengeratkan perpaduan dan menggalakkan potensi keterampilan diri dalam setiap pelajar. Projek ini perlu dilaksanakan supaya pelajar meperoleh 20 % daripada keseluruhan markah penilaian bagi setiap hujung tahun. Markah selebihnya bolehlah diperolehi melalui peperiksaan yang merangkumi aspek pengetahuan sebanyak 60 %. Manakala 20 % lagi adalah berdasarkan markah kemahiran dan nilai / sikap.

Pelaksanaan projek khidmat masyarakat adalah di luar waktu pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah tidak kurang dari 10 jam. Laporan hendaklah di sediakan oleh setiap murid di akhir projek sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kumpulan besar. Sungguhpun begitu, guru-guru hendaklah memastikan penglibatan murid adalah menyeluruh.

Bagi memberikan sedikit panduan kepada pihak guru dan pelajar, pihak BPK telah mencadangkan contoh-contoh projek khidmat masyarakat dan bentuk laporan yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Walaubagaimanapun tema telah ditetapkan untuk mengelakkan berlakunya pertindihan jenis projek pada tahun-tahun berikutnya kepada pelajar yang sama.
Berikut adalah tema-tema yang telah ditetapkan mengikut tingkatan:
Tingkatan 1 - Pencapaian Kendiri
Hubungan Kekeluargaan
Tingkatan 2 - Hidup Bermasyarakat
Tingkatan 3 - Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia
Tingkatan 4 - Malaysia Negara Berdaulat
Tingkatan 5 - Cabaran Masa Depan

Semua sekolah telah didedahkan tentang projek khidmat masyarakat ini melalui wakil-wakil guru yang telah menghadiri kursus pendedahan subjek PSK semenjak tahun 2003. Berbagai bahan telah dibekalkan oleh juru latih utama negeri kepada wakil-wakil guru tersebut. Walaubagaimanapun, guru-guru bolehlah mendapatkan bahan-bahan tersebut dari semasa ke semasa dalam laman blog psksm mgckulai atau menghantar email kepada saya mnor43@yahoo.com.

Selamat maju jaya.

Wednesday, March 24, 2010

KURSUS PEMBINAAN LAMAN BLOG GC DAERAH KULAI




Seramai 20 orang GC Daerah Kulai didedahkan untuk membina laman blog guru cemerlang Daerah Kulai. Program pendedahan ini berlangsung mulai 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Objektif utama bengkel ini untuk memberi pendedahan penghasilan laman blog guru cemerlang dan seterusnya menyampaikan kepakaran yang diperolehi untuk guru cemerlang yang lain. Selain itu bengkel ini juga bertujuan untuk memantapkan ilmu penghasilan laman blog sehingga boleh terhasilnya laman blog guru cemerlang Daerah Kulaijaya. Bengkel ini mendapat bantuan kepakaran daripada dua orang guru cemerlang yang telah mendapat pendedahan di peringkat negeri iaitu Pn. Fauziah dan Pn. Mahani.